Skip to content

BERITA POLITIK

 

Kita silap catur kerja penerangan?        Disediakan oleh : Jawatankuasa MKK Kg.Kumpulan

 

Oleh Zulkifli Yahaya

 

Untuk mengubah minda pengundi, harus memikirkan empat kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil maksimum

 

DUNIA hari ini fikiran manusia makin kreatif dan inovatif. Manusia sentiasa berfikir bagaimana mencipta bahan baru dan mempelbagaikan rekaan.Tujuannya satu: Hendak mencari jalan pintas memudahkan urusan. Begitu juga kaedah dalam melakukan sesuatu; pelbagai kaedah baru dikenal pasti dan direka bagi memudahkan kerja tetapi mendapat hasil yang maksimum.

 

Contohnya dalam belajar matematik, membaca al-Quran, belajar bahasa Inggeris pelbagai kaedah baru dicipta. Belajar dengan mudah tetapi hasilnya pantas dan berkesan dalam pencapaian. Prinsipnya, “No need to work hard, but work smart”.

 

Dalam mengubah minda pengundi juga kita kena memikirkan kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Kita kena mula bertanya: Setakat mana hasilnya kita bertungkus-lumus mengatur program ceramah walhal yang datang mendengarnya majoritinya adalah ahli-ahli dan penyokong PAS?

 

Apakah setiap maklumat yang kita sebarkan sampai ke sasaran, difahami, dirasai oleh hati nurani dan berjaya mengubah minda?Apakah penjelasan terperinci berhubung sesuatu isu berkesan, mampu dibuat, mampu difahami?

 

Adakah mempelbagaikan isu lebih berjaya mengubah minda orang dari kita memfokuskan isu yang satu?

 

Sejauh mana keberkesanan jentera penerangan kita untuk menyampaikan maklumat hingga ke akar umbi?Saya tidak berani mendakwa mempunyai pendekatan terbaik untuk mempengaruhi sasaran, namun di saat ruang angkasa bumi Malaysia sesak dengan isu kecil hingga besar dan di saat kita terlalu hampir dengan pilihan raya umum, fokus perlu diberikan terhadap empat perkara berikut, bukannya semua perkara:

 

1.     Isu yang menyentuh hati nurani

 

Isu yang diperkatakan mestilah menyentuh hati golongan terbanyak dalam masyarakat. PAS kalah teruk sewaktu ada isu Memali, BMF, Maminco, Pan El, BN bail-out kroni berbilion-bilion dan lainlain.

 

Semua isu itu cukup besar tetapi tidak berbekas di hati pengundi sebab mereka tidak merasainya sendiri.

 

Isu yang terbaik buat masa ini yang boleh menyentuh hati rakyat Malaysia ialah isu kenaikan kos sara hidup ataupun kenaikan harga barang.

 

Ia terkena pada setiap batang hidung, semua orang merasainya dan mereka akan marahkan kerajaan BN jika mereka ‘dicuit’.

 

Setakat ini belum nampak kita bermain dengan isu inflasi secara habis-habisan, sebaliknya hanya mengikut rentak isu yang dimainkan oleh media BN tak habis-habis.

 

2. Aspek perbandingan

 

Pemilih membuat keputusan dalam pilihan raya berdasarkan mana yang terbaik atau mana yang kurang buruk. Jadi adakan perbandingan antara sikap Pakatan Rakyat dan BN, antara kejayaan negeri Pakatan dengan kegagalan negeri BN.

 

Media siber menjalankan kerja yang sangat cemerlang apabila menyiarkan foto Perdana Menteri dan isteri menaiki bas mewah untuk “menyelami penderitaan rakyat” berbanding Tok Guru NikAziz yang menaiki bas biasa.

 

Najib yang menghadapi hidangan mewah dengan Tok Guru yang makannasi bungkus. Ia sangat berkesan mengubah persepsi.

 

3.  Serangan berfokus dan berulang

 

BN yang menguasai semua saluran media utama pun tetap memfokuskan isu dan serangan terhadap Pakatan.Satu-satu isu dimainkan sampai berminggu-minggu sehingga rakyat ‘faham’. Inikan pula Pakatan yang tidak menguasai media. Berikan tumpuan terhadap isu penting sehingga rakyat faham, jangan terlalu cepat lupakan isu. Misalnya isu APCO, ia penting tetapi sudah hilang dari diperkatakan.

 

4.   Pelbagaikan serangan

 

Isu tidak boleh bermula dan berakhir di pentas ceramah sahaja. Atau dalam media bercetak dan media maya sahaja. Ia mesti disahut dalam pelbagai bentuk. Lakukan ‘battle cry’ supaya rakyat dengar, lihat dan tahu. Justeru, ia mesti disokong dengan demonstrasi, mengangkat sepanduk, menyerah memorandum, membuat laporan polis atau SPRM. BN telah melakukan kerja-kerja ini dengan sempurna mutakhir ini tetapi Pakatan pula agak ketinggalan.

Semua kerja tersebut dimulakan oleh pembangkang suatu masa dahulu, BN pula yang menyempurnakannya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: